11 March 2008

Selamat bercuti nenek...

Hari Sabtu yang lepas, family Kekna balik Seremban. Dah lama tak jumpa kami habiskan masa bermain sampai malam. Esoknya pagi-pagi nenek, atuk dan keluarga Makngah bertolak ke Kelantan. Nenek nak holiday dan sudah pasti ke kota bharu beli tudung lagi. Dulu masa ke sana dengan family aisyah, nenek beli sampai 12 helai. Agaknya kali ni berapa helai pulak dia bawak balik. Lepas tu diorang ke Kuala Terengganu dan kemudian ke Pekan, Pahang. Jalan lah puas-puas nenek lagipun nenek dah lama tak berjalan sejak jaga nek wan ni. Kita doakan semoga nenek selamat pergi dan pulang.... ada beli apa-apa untuk aisyah tak?

02 March 2008

Karaoke best...





Hari ni Aisyah karaoke dengan kyra dan mimi... best la... Kyra pandai nyanyi...

29 February 2008

Lagu rakyat (Versi Arif)

Gajah bekaki empat ahak ahak
Idung nya sangat panjang ahak ahak
gadingnya ada dua tapi gajah tak makan owang
Kalau adik nak tau apakah makannan gajah la la la la la
Gajah makan Lembuuuuu (sebenarnya tebu)


Polis sentri want to jaga
Polis mati pencuri jaga
Polis jaga pencuri mati
Polis mati pencuri mati
Pencuri jadi kapten!


and his favorite song;

"mestinya kau saja, diriku sajaa..."


(versi asal Pudar, ROSSA :
"Mestinya kau cari pengganti diriku saja
Karena kita sudah tak saling bicara"

27 February 2008

Diary untuk Kekna...

Betul tak ashue kata selain baldi dan selipar ada benda lain yang lebih penting dan best untuk ke hostel... Diary!

Emm.. hari sabtu haritu ashue merayau dengan untie syida kat MPH cari hadiah tu untuk awak. Ashue rasa itu yang paling sesuai untuk awak meluahkan perasaan memandangkan kat sana nanti awak tak boleh bawak handphone dan laptop. Good Luck Aaina... Hari ni awak akan mulakan sesuatu yang baik untuk masa depan awak. Ashue doakan awak happy kat sana. Semua orang doakan yang terbaik untuk awak...

Mmm.. kyra dengan Mimi bila nak dtg rumah ashue, kita buat blog cantik2 nak?

22 February 2008

GOOD LUCK!

Tabahkan hatimu wahai princess Aina...
Kat hostel memang takde apa2 yang menarik tapi believe me, kita akan dapat kawan2 yang hebat. Kalau kita ikhlas dan baik, diorang mesti sayang kita. Memang la kat sana takde Astro, Internet dan Handphone, tapi perangai kawan-kawan yang pelik-pelik tu pun dah cukup buat hati kita happy. Jangan nanti jumpa kawan-kawan baru yang baik-baik sampai dah taknak balik Seremban jenguk GB10 lagik.

P/s: Ashue tengah usahakan carik cermin muka, sikat dan selipar toilet pink. Tapi ada sesuatu yang lebih sesuai untuk awak...

15 February 2008

my cute lil' room
















flower girls




the latest Damia

22 May 2007

Dah bersawang....

Heeee... lamanya tak masuk sini... dah bersawang rupanya. Lagipun sejak Aisyah dan Arif tinggal di rumah nenek ni, Aisyah dah tak boleh nak bukak internet. Walaupun kekadang kitorang pegi Kenny ROgers atau A&W atau Pizza Hut untuk carik Hotspot, tapi bila ada Arif kelam kabut jadinya. Dia tu asyik nak tengok Bob The Builder aje... Nanti bila Aisyah dah betul-betul pindah rumah baru, bolehlah aktifkan semula...
Kepada ahli geng 10 budak hitam, Good Luck for your exam...

13 April 2007

Berita dari Kak Yah

Dua hari yang lepas Kak Yah called dari Pnom Penh. Dia cakap dia sihat. Sekarang dia tengah belajar english dan komputer kat rumah pakcik dia. Harap-harap dia boleh baca blog ni. Bila ashue tanya bila nak datang kerja sini lagi, dia jawab "Nenek Yah tak bagi...huhuhuuuu" dan Ashue dengar suara dia macam sedih je. Dia kirim salam kat semua...

18 March 2007

Photos...

Punyalah susah nak masukkan photo korang yang cun tu banyak-banyak ke dalam blog ni... tapi saya tetap cuba sampai berjaya!

23 February 2007

Pengalaman yang tak dapat dilupakan....

Cuti Tahun Baru Cina yang paling bermakna bila kesesakan lalulintas yang teruk telah menyebabkan plan A bertukar menjadi plan Z. Ceritanya sangat panjang, berputar belit dan sangat menyentuh perasaan...
Plan A ke Sg. Klah Hotspring, Sungkai, Perak pada hari Sabtu 17/2/2007. Mengikut perancangan 4 group yang akan pergi iaitu skuad CRV 7447, CRV 8440, Avanza 4403 dan Citra 5234. Skuad CRV 8440 yang hanya membawa peralatan pinggan mangkuk sudu dan garpu telah ditugaskan bergerak seawal 6 pagi untuk urusan booking tempat yang paling strategik di sana. Skuad CRV 7447 dan Avanza 4403 yang memang terkenal dengan 'tembelnya' ditugaskan membawa makanan iaitu nasi dan lauk pauk bertolak lewat 7.30 pagi itupun setelah mendapat amaran kesesakan lalulintas dari skuad CRV 8440. Sementara skuad Citra 5234 yang ditugaskan membawa binatang2 korban barbeque seperti udang, ikan, burger dan sosej telah bergerak seawal 6 pagi untuk ke Pasar Besar Selangor membeli belah dan kemudian bertolak dari Puchong jam 8 pagi. Skuad CRV 8440 telah terkandas di Jejantas Sg. Buloh, Rawang dan Bukit Beruntung sehingga 2-3 jam dan selamat tiba dengan pinggan mangkuk di Sungkai jam 11-12. Malangnya skuad CRV 7447 dan Avanza 4403 yang terkandas di Jalan Duta, Sg Buloh dan Rawang telah membuat keputusan tak berapa bijak masuk ke jalan Kuala Selangor untuk ke utara. Skuad Citra 5234 yang sentiasa menurut perintah turut masuk ke jalan yang sama untuk bersekongkol dengan yang lain. Malang tidak berbau walaupun awal-awal lagi dah tau, jalan Kuala Selangor juga sesak dan tidak bergerak sementara hujan turun sangat lebat. Lebih kurang pukul 1 tengahari, di Kuala Selangor beberapa kali cubaan dibuat untuk berpatah balik namun semangat udang dan kembung dalam 'coleman' telah menyebabkan semua skuad berusaha meneruskan perjalanan sehinggalah ketua pasukan mengarahkan semua berhenti makan untuk meeting di sebuah kedai yang 'ala-ala kadar' aje. Perut yang lapar telah menutup mata skuad2 untuk melihat persekitaran restoran yang 'gitu-gitu' dan setelah kata putus dibuat, perjalanan tetap diteruskan tapi beralih arah ke Lumut, Perak. Keputusan yang dibuat mengambil kira nasib anak-anak yang ciak piak kelaparan dan kepenatan, kaki bapak-bapak yang krem menekan brek dan minyak akibat jam terlalu lama dan mak-mak yang sakit punggung dan mulut akibat duduk dan membebel terlalu lama dalam kereta. Dan hari semakin petang, nasib skuad2 di Sungkai masih belum pasti maka keputusan dibuat untuk mencari tempat berehat yang selesa dan dekat. Maka cadangan ke Lumut diterima bulat2 tanpa usul periksa.
Pukul 4 petang skuad2 telah berjaya melepasi Sabak Bernam yang sesak teruk akibat banjir dan akhirnya pukul 5 petang kami berjaya tiba di Lumut. Sementara di Sungkai yang tiada liputan MAXIS, skuad CRV 8440 yang menunggu bagai nak rak sambil berendam-rendam bermain air dipersisiran kolam dengan pinggan kosong. Mesej hanya sampai ketika Ketua pasukan skuad 8440 iaitu Kapten Tok Tam bertindak bijak membonceng motosikal orang asli untuk keluar ke pekan mencari signal. Mesej lengkap hanya dapat diterima jam 6.45 petang bila skuad 8440 telah bergerak meninggalkan Sungkai untuk pulang dengan putus asa.
Sementara di Lumut, skuad2 telah berusaha mencari hotel2 dan apartmen2 yang rata-rata penuh sehingga jam 6 petang dan akhirnya atas belas ehsan ketua dari segala ketua skuad iaitu Leftenan Jeneral Pak Long, kami semua ditempatkan di sebuah banglo mewah semahal RM1,000-00 semalam di SWISS GARDEN Damai Laut, Lumut. Di banglo besar 4 bilik itulah skuad2 meluruskan pinggang dan mengorbankan udang2 dan ikan2 yang masih beku. Terima kasih 'coleman' dan 'hanabishi' yang telah membantu pesta barbeque kami yang tak seberapa. Selain penginapan di banglo mewah dan barbeque, Skuad2 yang sehelai sepinggang telah diberikan satu berus gigi percuma untuk setiap seorang sebagai hadiah percutian. Bagi kanak-kanak yang sentiasa bersemangat untuk bercuti, perjalanan yang teruk dan lama tidak mematahkan semangat mereka untuk terus melompat-lompat kesukaan bila menjejakkan kaki ke banglo dan swimming pool. Begitu juga dengan mak-mak dan bapak-bapak yang tak pernah seumur hidup diberi peluang tinggal di banglo semewah itu, walaupun tak larat membuka mata tapi masih mampu tersenyum kambing. Malam itu Banglo Seri Anggerik sunyi sepi kerana penghuninya betul-betul nyenyak kekenyangan dan kepenatan. Kepada penaja yang pemurah lagi budiman, semoga Allah memurahkan rezeki anda untuk menaja kami SKUAD-SKUAD yang MALANG ini di lain kali.
Setiap yang berlaku banyak hikmahnya. Usahlah kita kesalkan jika kita terlepas satu peluang yang baik kerana itu mungkin peluang untuk kita mendapat satu peluang lain yang lebih baik....
(Photos will be ready soon)

12 February 2007

Long time No story...

Lamanya tak update blog ni... bz la kemas barang nak pindah...
So, weekend ni kita jumpa di Sg. Klah Hotspring okeh...
Makngah and family jom ah pegi... tak syok la bakar2 kalau tak ramai...
Pastu hari ahad kita gi plak pasar tani Shah Alam...

31 January 2007

Tugasan baru...

Kepada semua ahli geng 10 budak hitam,

Jangan lupa buat tugasan yang ashue berikan. ini bukan pertandingan tapi penghargaan kamu semua kepada Kak Yah. Lagi cantik tugasan yang kamu buat lebih bermakna padanya untuk dia kenang kamu sampai ke tua nanti. Sesiapa yang belum terima apa-apa maklumat, sila bertanya pada agen masing-masing iaitu Agen Kekna untuk cawangan Setiawangsa dan Agen Ap untuk cawangan TTJ. Ingat pesan Ashue, sesiapa yang ingkar akan disingkirkan dan yang lewat akan digantung keahlian. Kepada yang sibuk sangat baca buku nak UPSR, tolonglah buat masa cuti hujung minggu. Kepada yang lain jangan nak pura-pura sibuk atau nak menyibuk... ingat tu Elly, jangan bagi alasan. Kyra pun sama... Usin dengan Arif pun kena buat.. tapi Mimi mesti yang siap dulu.. tak caya tengoklah nanti...
Kalau semuanya mendengar arahan, rajin belajar dan semuanya berjalan dengan lancar, lepas UPSR nanti Ashue akan adakan percutian yang paling hebat abad ini, theme park, hotel lima bintang dan hadiah-hadiah bonanza yang lumayan... dan kita akan mintak Paklong sponsor... yeaaaa!

28 January 2007

PERTANDINGAN MENGARANG JANUARY 2007




Tajuk: HARI RAYA KORBAN YANG LEPAS




Berikut adalah pemenang - pemenangnya:-

Tempat Pertama

Hadiah= Kupon Isian Semula DIGI bernilai RM15

ASYRAF HAZIQ BIN ROHAIZAD


Tempat Kedua

Hadiah= Kupon Isian Semula DIGI bernilai RM5
AINA FARISHA BINTI ROZALI

















Sorry..

Sorry lah... Ashue dah lama tak update blog ni... sibuk sikit la minggu lepas. Kesian korang, tertanya-tanya siapakah pemenang Pertandingan Karangan tu kan? Nanti Ashue keluarkan keputusannya... sesiapa yang menang, tahniah diucapkan dan sesiapa yang kalah, janganlah bersedih... cuba lagi lain kali.

18 January 2007

Balik kampung...

Dah 3 minggu Ashue tak balik Seremban. Rindunya bau rumah nenek dan asam pedas nenek. Bila hujung minggu, asyik pergi survey perabot. Aisyah dengan Arif asyik kena tinggal. Dengar ceritanya makngah dah berjoging dari rumah baru ke kelab. Lebih kurang 1 km, penat jugak tu. Tapi jangan mula-mula je excited makngah nanti masuk minggu kedua dah start joging atas katil. Ada tu pulak siap nak beli raket badminton yang mahal... eleh setakat nak main atas pagar depan rumah tu takyah la beria sangat... takut nanti raket mahal jadi pehiasan dinding je... Tapi kalau Atuk yang nak main tak tau la... yelah jaguh badminton Seremban, sapa tak kenal. Korang semua je tak tau yang Atuk korang tu dulu memang jaguh badminton yang hebat. Punyalah banyak Cup yang dia kumpul tapi semua nenek dah buang. Tapi boleh ke lagi Atuk tu nak main? Apa kata nanti kita ajak Atuk main badminton. Tapi dengan syarat korang semua kenalah tolong buang sampah, siram pokok bunga dan potong rumput. Barulah nenek bagi greenlight....So, minggu ni orang Setiawangsa balik tak? Ashue nak balik hari Jumaat malam... yea yea tak sabarnya...

14 January 2007

Miss World 2007

Mimi - Aisyah - Hany - Aaina - Elly - Kyra

Barney, Baby Bop & BJ

Maklong - Makngah - Ashue

13 January 2007

Bantulah mangsa banjir...

Banjir paling besar dalam sejarah telah melanda Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Kerugian yang amat besar ditanggung oleh mangsa banjir dan di Johor misalnya sistem ekonomi telah lumpuh akibat tragedi tersebut. Sistem pengangkutan rosak, Sistem perhubungan terputus dan yang paling sedih mereka kekurangan bekalan makanan dan pelajar-pelajar tidak dapat ke sekolah.
Bantulah mangsa banjir dengan menghulurkan derma dan berdoalah agar bencana alam tersebut tidak berpanjangan dan berdoalah agar Allah meringankan dugaan mereka dan yang paling penting berdoalah agar bencana tersebut tidak melanda tempat kita. Ambillah iktibar atas tragedi tersebut, janganlah membazir terutamanya makanan kerana kita sendiri tidak pasti apa takdir yang menanti kita pada hari esok.
 

Design By:
SkinCorner