03 January 2007

KORBAN 1/1/2007






















































Hari Raya Aidil Adha 2006, hari kedua (Isnin) kenduri di rumah nenek di Seremban. Ramai saudara-mara yang datang... Pagi-pagi lagi kawan-kawan dan jiran tetangga datang menolong. Tak banyak pun cuma seekor lembu aje... Berkat ketekunan dan kecekapan Pak Ngah, Atuk Tam dan ayah yang mahir menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pisau rambo, kapak dan pisau tumpul, dan berkat kesungguhan Paklong memberi arahan, maka seekor lembu yang tak berapa nak besar sangat pun selesai dilapah dengan lahapnya pada tepat pukul 10 pagi. Kenduri pulak dilansungkan selepas Zuhur.. dan episod makan dan makan dan makan berterusan sehingga Selasa pagi dengan pelbagai hidangan... Semua berpuas hati dengan percutian 3 hari 2 malam di Temiang dan masing-masing turut membawa pulang bukan saja daging, lauk pauk dan gulai perut tapi juga perut yang memboyot kedepan dan dengar khabar ramai yang tumbang selepas itu seperti tumbangnya seekor lembu yang dikorban... Ada yang sakit kepala, demam dan sakit perut gara-gara makan terlalu banyak daging dan organ2 lembu... dan Ashue yang uwekk2 tak tahan bau lembu terpaksa melaluinya dengan sabar....


 

Design By:
SkinCorner