28 December 2008

Ikan bakar @ Umbai

Acara tahunan datang lagi... kali ni Aisyah dan especially Mama takkan lepaskan peluang. Pertengahan tahun haritu kami tak dapat join sebab ada hal lain. So, pukul 6 petang kami bertolak, singgah sekejap solat maghrib di MAsjid Kandang, Melaka dan kemudian terus ke Umbai. Kami ke Restoran Parameswara yang sangat sesak. Walaupun PakLong dah call dulu dan buat order, permintaan tak dilayan sebab pelanggan terlampau ramai. Terpaksalah kami tunggu sampai satu meja yang besar selesai makan, barulah dapat tempat. Lebih kurang satu jam menunggu, Pukul 9 baru kami dapat tempat... Nasib baik ada Estima MakLong tempat kami lepak2 sambil tengok Upin & Ipin. Dan nasib baik jugak ada cekodok pisang bekalan nenek standby dalam kereta MakLong... dan nasib baik jugak angin nenek tak naik sampai ke kepala dan tak sakit kepala... Gambar di atas diambil sejurus selepas kami dapat tempat. Ustaz Asyreeq telah diminta membacakan Doa Kesyukuran Dapat Tempat sementara menunggu makanan sampai.
Tengok muka Asyraf yang sangat2 kekenyangan selepas melantak cekodok pisang nenek. Dan tengok muka Aina yang tak berapa ikhlas nak senyum sebab kebuluran. Diam woi, PakLong tengah hot tu, penat beratur...

Tapi budak pink ni tetap maintain...tetap control lawa. Sempat lagi berposing walaupun lapar yang amat sangat.

Dan Ben10 yang sorang ni katanya dah kekurangan tenaga. Tu pasal la tak sabar2 nak makan sotong salut tepung. Tapi bila dah makan, tinggal sotong dalam pinggan, tepung aje yang dia makan.
Gambar gelap sikit sebab kami duduk tempat gelap betul2 tepi laut. Sesekali air laut yang hanyir memercik ke arah kami, Aina terjerit2 dengan pitching larinya. Dan di satu sudut lain, Elly, Mimi, Kyra dan Kakngah asyik termenung pikir lepas ni nak main apa, esok nak pegi mana. Maklumlah sesekali dapat jumpa. Sementara yang lain sunyi sepi... yang dengar cuma bunyi bunyi sudu dan bunyi kanak2 "tolong kopek udang, tolong amik ikan, nak air sirap..."


Selesai makan, inilah rupanya meja kami.... walaupun tak berapa licin, kami siap bungkus untuk sambung mengunyah balik nanti.


Terima kasih kepada PakLong sebagai penaja tetap kami...








more pictures...






















 

Design By:
SkinCorner