12 February 2007

Long time No story...

Lamanya tak update blog ni... bz la kemas barang nak pindah...
So, weekend ni kita jumpa di Sg. Klah Hotspring okeh...
Makngah and family jom ah pegi... tak syok la bakar2 kalau tak ramai...
Pastu hari ahad kita gi plak pasar tani Shah Alam...

31 January 2007

Tugasan baru...

Kepada semua ahli geng 10 budak hitam,

Jangan lupa buat tugasan yang ashue berikan. ini bukan pertandingan tapi penghargaan kamu semua kepada Kak Yah. Lagi cantik tugasan yang kamu buat lebih bermakna padanya untuk dia kenang kamu sampai ke tua nanti. Sesiapa yang belum terima apa-apa maklumat, sila bertanya pada agen masing-masing iaitu Agen Kekna untuk cawangan Setiawangsa dan Agen Ap untuk cawangan TTJ. Ingat pesan Ashue, sesiapa yang ingkar akan disingkirkan dan yang lewat akan digantung keahlian. Kepada yang sibuk sangat baca buku nak UPSR, tolonglah buat masa cuti hujung minggu. Kepada yang lain jangan nak pura-pura sibuk atau nak menyibuk... ingat tu Elly, jangan bagi alasan. Kyra pun sama... Usin dengan Arif pun kena buat.. tapi Mimi mesti yang siap dulu.. tak caya tengoklah nanti...
Kalau semuanya mendengar arahan, rajin belajar dan semuanya berjalan dengan lancar, lepas UPSR nanti Ashue akan adakan percutian yang paling hebat abad ini, theme park, hotel lima bintang dan hadiah-hadiah bonanza yang lumayan... dan kita akan mintak Paklong sponsor... yeaaaa!

28 January 2007

PERTANDINGAN MENGARANG JANUARY 2007




Tajuk: HARI RAYA KORBAN YANG LEPAS




Berikut adalah pemenang - pemenangnya:-

Tempat Pertama

Hadiah= Kupon Isian Semula DIGI bernilai RM15

ASYRAF HAZIQ BIN ROHAIZAD


Tempat Kedua

Hadiah= Kupon Isian Semula DIGI bernilai RM5
AINA FARISHA BINTI ROZALI

















Sorry..

Sorry lah... Ashue dah lama tak update blog ni... sibuk sikit la minggu lepas. Kesian korang, tertanya-tanya siapakah pemenang Pertandingan Karangan tu kan? Nanti Ashue keluarkan keputusannya... sesiapa yang menang, tahniah diucapkan dan sesiapa yang kalah, janganlah bersedih... cuba lagi lain kali.

18 January 2007

Balik kampung...

Dah 3 minggu Ashue tak balik Seremban. Rindunya bau rumah nenek dan asam pedas nenek. Bila hujung minggu, asyik pergi survey perabot. Aisyah dengan Arif asyik kena tinggal. Dengar ceritanya makngah dah berjoging dari rumah baru ke kelab. Lebih kurang 1 km, penat jugak tu. Tapi jangan mula-mula je excited makngah nanti masuk minggu kedua dah start joging atas katil. Ada tu pulak siap nak beli raket badminton yang mahal... eleh setakat nak main atas pagar depan rumah tu takyah la beria sangat... takut nanti raket mahal jadi pehiasan dinding je... Tapi kalau Atuk yang nak main tak tau la... yelah jaguh badminton Seremban, sapa tak kenal. Korang semua je tak tau yang Atuk korang tu dulu memang jaguh badminton yang hebat. Punyalah banyak Cup yang dia kumpul tapi semua nenek dah buang. Tapi boleh ke lagi Atuk tu nak main? Apa kata nanti kita ajak Atuk main badminton. Tapi dengan syarat korang semua kenalah tolong buang sampah, siram pokok bunga dan potong rumput. Barulah nenek bagi greenlight....So, minggu ni orang Setiawangsa balik tak? Ashue nak balik hari Jumaat malam... yea yea tak sabarnya...

14 January 2007

Miss World 2007

Mimi - Aisyah - Hany - Aaina - Elly - Kyra

Barney, Baby Bop & BJ

Maklong - Makngah - Ashue

13 January 2007

Bantulah mangsa banjir...

Banjir paling besar dalam sejarah telah melanda Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Kerugian yang amat besar ditanggung oleh mangsa banjir dan di Johor misalnya sistem ekonomi telah lumpuh akibat tragedi tersebut. Sistem pengangkutan rosak, Sistem perhubungan terputus dan yang paling sedih mereka kekurangan bekalan makanan dan pelajar-pelajar tidak dapat ke sekolah.
Bantulah mangsa banjir dengan menghulurkan derma dan berdoalah agar bencana alam tersebut tidak berpanjangan dan berdoalah agar Allah meringankan dugaan mereka dan yang paling penting berdoalah agar bencana tersebut tidak melanda tempat kita. Ambillah iktibar atas tragedi tersebut, janganlah membazir terutamanya makanan kerana kita sendiri tidak pasti apa takdir yang menanti kita pada hari esok.

My Barbie time...

Hai, ini keluarga Barbie Doll saya. Ada ayah, mama, kakak dan adik. Mereka sedang menikmati minum petang. Ayah baru pulang dari kerja dan Mama pula cuti hari ni. Mama buat minuman yang lazat dan ayah beli kuih muih dan doughnut...


Inilah makanan yang mereka makan. nampak lazat dan berkhasiat kan?
Jemputlah makan sekali...

Mereka sangat gembira.


Ini bilik tidur adik. Cantik kan?



11 January 2007



HAPPY BIRTHDAY MAMA... yang ke 20an...


Thank you so much untuk semua yang ingat birthday ashue... Asyraf, Makngah dan Kyra... dan yang takde credit tu... jangan lupa buat karangan dan menang RM15... boleh top up credit!

9 January 2007



HAPPY BIRTHDAY MAKNGAH.... yang ke hampir 40an...

Semoga happy selalu di rumah baru dan murah rezeki.....

07 January 2007

Disney Princess kembali lagi....

Snow White and the Seven Dwarfs



Cinderella




Belle - Beauty and the Beast



04 January 2007

Siapa Cicakman yang sebenarnya.....


CICAKSIN




CICAKRIF

WANTED!

WANTED!
REWARD $10,000


WANTED!
REWARD $10,000

Ye ke?




AISYAH: Mama, kenapa PakNgah dan PakLong asyik suka kacau Aisyah aje bila Aisyah pakai cantik-cantik?
Mama: emm.. (macam biasa malas nak jawab)
AISYAH: Sebenarnya dia suka kat Aisyah ke Ma?
Mama: emmmmm...
AISYAH: Tapi Aisyah rasa diaorang RINDU kat Aisyah la...
Mama: Hah!?!!

Selamat Memulakan Persekolahan 2007

Untuk Mimi... selamat belajar dengan abang2 dan kakak Kyra di Sek. Ren. Islam ABIM...
Untuk Elly... selamat belajar dengan kakak2 di Sek Ren Keb Setiawangsa...
Untuk Aina dan Asyraf... belajar rajin-rajin untuk UPSR nanti...

03 January 2007

KORBAN 1/1/2007






















































Hari Raya Aidil Adha 2006, hari kedua (Isnin) kenduri di rumah nenek di Seremban. Ramai saudara-mara yang datang... Pagi-pagi lagi kawan-kawan dan jiran tetangga datang menolong. Tak banyak pun cuma seekor lembu aje... Berkat ketekunan dan kecekapan Pak Ngah, Atuk Tam dan ayah yang mahir menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pisau rambo, kapak dan pisau tumpul, dan berkat kesungguhan Paklong memberi arahan, maka seekor lembu yang tak berapa nak besar sangat pun selesai dilapah dengan lahapnya pada tepat pukul 10 pagi. Kenduri pulak dilansungkan selepas Zuhur.. dan episod makan dan makan dan makan berterusan sehingga Selasa pagi dengan pelbagai hidangan... Semua berpuas hati dengan percutian 3 hari 2 malam di Temiang dan masing-masing turut membawa pulang bukan saja daging, lauk pauk dan gulai perut tapi juga perut yang memboyot kedepan dan dengar khabar ramai yang tumbang selepas itu seperti tumbangnya seekor lembu yang dikorban... Ada yang sakit kepala, demam dan sakit perut gara-gara makan terlalu banyak daging dan organ2 lembu... dan Ashue yang uwekk2 tak tahan bau lembu terpaksa melaluinya dengan sabar....


30 December 2006

HAI USIN...






Hai, Usin..


Apa Khabar? Usin tengah buat apa tu?


Main Bob ke... Thomas ke... Cars ke...


Aisyah tengah main Barbie... Barbie Aisyah tengah makan kuih Pau... Aisyah beli makanan Barbie dekat One Utama... Kecik je Pau tu... 3 biji Pau + 3 biji kuih bom + sepeket buah berangan + semangkuk Ais Krim... RM12.00. Nanti Aisyah nak beli lagi makanan lain pulak... Kekna & Kakngah nak kirim....

BLOGSTOT?

kekekekekekeke.....

Kelakar betul lah Kek Na dan Maklong ni...
Ada ke Blogspot jadi Blogstot... patutlah tak boleh bukak blog Aisyah ni...
Itulah, lain kali ambil address betul2... jangan main tulis je....

27 December 2006

Bila lagi?

PAK LONG..... bila lagi nak open table kat Kuala Sungai Baru?
MAKLONG.....bila nak makan Nando's sama-sama. Makan gelojoh2 dengan maklong best aa...
PAKNGAH..... bila lagi nak turun Tanjung Lumpur? Udang, ketam, sotong besar lengan...yum!
MAKNGAH.....Doll tomyam pun best!
AYAH.....bila nak buffet barbeque kat Cyberview atau Hi-tea kat Marriot atau Chicken Hartz pun okay la....
MAMA.....elehhh... mama punya nasi ayam lagi best. Bukan senang nak jumpa tau, setahun 2 kali je...

(huhuuuu....mama lapar nii... mana pegi Aisyah ngan ayah ni... beli nasi goreng kampung ke pegi tolong orang tu masak...)
 

Design By:
SkinCorner